Tuesday, May 27, 2014

Cara Allah bagi rezeki sesuai dengan hak kita.

1. Kalau gaji kita rm1000 sebulan, tapi kita kerja mcm gaji kita rm500 sebulan, Allah akan tarik gaji kita. Bukanlah dengan suruh majikan kita kasi rm500 sebulan, tapi Allah bekerja dengan cara yang kita tak sedar. Rumah kita mungkin rosak, anak-anak kita sakit, barang kita banyak yang harus diganti. Sebaliknya, kalau gaji kita rm1000, tapi kita kerja macam gaji kita rm2000, Allah akan tambah gaji kita. Rumah tak byk rosak, pokok yang kita tanam berbuah, anak-anak sihat, cemerlang pelajaran dan banyak lagi.

2. Aku sekarang dapat stase Obstetric and Gynaecology dekat Rumah Sakit Umum Daerah Koja. Benda pertama aku tak suka dekat sini, beberapa kemalasan perawat dan bidan. Mereka baik dan rajin, tapi BEBERAPA kemalasan tu yang aku tak suka. Contohnya, EVERYTIME patient habis bersalin, dorang akan suruh junior-junior bidan yang bersihkan darah-darah, air ketuban, padahal dorang terus tulis report. Padahal sume tu kerja dorang. Dorang di gaji untuk buat semua benda-benda tu. Kesian aku tengok junior-junior yang dihantar kesitu untuk BELAJAR dan bukan untuk BEKERJA.

3. Junior-junior inilah yang kene tolak air pencuci, pastu cuci darah, kain-kain bekas patient habis bersalin. Aku setuju kalau bidan dan perawat yang senior ni bagi tunjuk ajar pada junior-junior ni istead of menyuruh bereskan kerja yang tak sepatutnya. Contohnya, time jahit bekas luka jalan lahir, senior ni boleh ajar mane satu yang kene jahit dulu, jahit pakai benang apa, jarum apa, nak tutup luka jahitan macam mana. Lepas tu boleh la mintak tolong bersihkan darah dengan air ketuban tu sama-sama.

4. Aku kadang-kadang nak je sound bidan senior tu. Tapi aku menumpang je kat situ. Orang luar negara lagi. Dari gaya dorang, aku tahu dorang jenis yg bukan boleh terima teguran. Cuba lah ingat sikit, gaji yang kau dapat tu gaji yang kau nak bagi makan dekat anak-anak kau nanti. Takkan la kau nak kasi makan hasil dari orang lain punya titik peluh?

Sunday, February 23, 2014

Sepucuk surat buat erra fazira

#np Time - Inception OST.

1. Baru-baru ni aku ada terbaca cerita cerai erra fazira. Masuk kali ni , dah dua kali dia cerai , dah dua kali dia janda. Buat erra fazira, janganlah sedih kene cerai dua kali. 

2. Jodoh ni, sifat dia sama macam makanan (rezeki). Sebagai lelaki, contohnya, kau lapar, kau keluar rumah pergi cari makan, kau pergi ke mall, jalan-jalan keliling foodcourt. Kau perhati satu-satu makanan yang memenuhi selera kau. Tengok nasi ayam, rasa tak best, tgk mee celur, rasa tak best, tengok nasi campur, atlast cocok dgn taste kau. Ada lauk asam pedas, sayur bendi, dgn ikan feveret kau, ikan kembung. Kau pun pilih lauk-lauk tu semua, kau bayar. Kau bawak makanan tu ke meja kau. 

3. Di sinilah sebenarnya konsep jodoh ibarat makanan  (rezeki ) tu yg jadi persamaan. Sepanjang proses kau cari rezeki, dari mulanya kau keluar rumah, pergi mall, cari makanan, bayar makanan, dah letak makanan tu atas meja, dalam hati kau, mesti kau pikir, " aku dah bayar untuk makanan ni, alhamdullilah rezeki aku untuk hari ni" sambil kau post makanan kau dalam instagram dgn caption, " Lunch for today! Awesome asam pedas for my tummy ! " .
4.  TAPI kau kene ingat, makanan yang kau dah bayar tu semua, belum tentu rezeki kau, eventhough kau dah telan masuk ke dalam perut. Kenapa aku kata macam ni.. kalau lah katakan, kau dah makan nasi tu, tiba-tiba nasi tu sebenarnya kau allergic dgn bahan makanan tu. Kau jadi mual-mual, dan kau muntah balik isi makanan kau, kau x dapat makan nasi kau senikmat-nikmatnya. Tu namanya bukan rezeki kau bukan ? 

5. Begitu jugalah namanya jodoh, Semua nya ketetapan Allah. Eventhough kau dah cari wanita terbaik, sesuai dengan taste kau, yang  putih, slim, muka bujur ,hidung mancung,  paha tak besar, dan paling penting bagi kau, tinggi kene lebih kurang tinggi kau. Perfect dah choice kau. Kau dah mengorat, dah pikat hati mak bapak dia, dah kenal family-family dia semua, kau dah akad nikah, kau da spend beribu-ribu duit untuk kawin,  tapi lepas tu  kau bercerai 2-3 tahun selepas berkahwin. Masing-masing buat haluan masing-masing. Dia pun ada suami baru. Tu namanya bukan jodoh kau dengan dia. Ada yang lebih baik buat kau yang Allah simpan buat kemudian yang lebih baik hikmahnya. 

6. Bagi korang yang tengah bercouple atau berpacaran sana sini, takpayah la korang rasa boyfriend atau girlfriend korang tu la hidup mati korang. Macam la kalau clash nti tkleh cari yang lain. Berlambak lagi manusia lagi hensem cantik dan  bagus dari pasangan korang skrg. Ni aku boleh for sure 100%.  Takpayah la rasa insecure sangat kalau ada mamat lain mengorat dia, sbb kalau betul dia ikhlas dengan apa adanya diri kau sebagai suami dia and bapak anak-anak dia nanti, dia takkan layan lelaki lain dan comparekan kau dengan laki lain yang baru. 

7. Kau ingat je, perempuan yang tinggalkan kau untuk lelaki lain, kalau laki lain pon boleh amek dia dari kau, laki lain pun boleh amek dia dari bakal boyfriend baru dia tu. So whats the worth of staying with a jumperable ? Point aku sekarang , sebelum kau menikah dengan perempuan tu, takperlu kau go for 100%  nak layan mcm kau da kawin, sebelum kau kawin. Yang sekarang pun baru boyfren/ girlfren, totally not worth paying 100%, sebab..? 

8. BUKAN REZEKI KAU LAGI. Even dah nikah pun boleh cerai, apatah lagi baru couple. Tunggu time kau dah nak salam dengan tok kadi tu, kau nak lafaz akad nikah, barulah kau niat kau nak bentukkan family baru dengan bakal isteri kau ni 100%. Mintak doa banyak-banyak. Untuk sekarang buat yang belum nikah, rilek saja, yang Allah dah kata milik kau, mesti jadi milik kau tkde yg boleh halang. Kalau dah tkde jodoh tu, ada hikmahnya yang lebih baik buat kau. Yakinlah.. Erra, ada jodoh yang lebih baik buatmu nti. Tapi bukan aku lah. Aku taknak yang dah janda dua kali 

Monday, February 3, 2014

Aku yang bukan aku.

1. Sekarang aku tgh completekan cycle neurology. Aku dapat dekat hospital Mardi Waluyo. Salah satu hospital Christian kat pulau Sumatera. Rutin aku harian, pagi2 bangun kol 430, sarapan, mandi solat, sebelum pkul 6 pagi jalan kaki ke ward utk follow up patient. Hari ni aku aku dapat turn follow up patient dekat ward kelas paling bawah, ( kelas patient yang miskin,)

2. Sampai je aku dekat ward.. aku tgk board dekat bilik perawat ( nurse )... tgk nama patient satu-satu.. total ada 10 patient aku kene follow up dlm masa 1 jam.. kene get ready before konsulen aku nak follow up later.. follow up lah aku sorang2.

3. Sampai jam 7 pagi, aku ke bahagian lobby hospital. Hospital ni jenis kuat agama punya hospital, tiap hari akan ada kebaktian Christian. Kebaktian tu semacam ibadat lah. Kalau dalam Islam, tazkirah. Dalam lebih kurang 10-15 minit, kebaktian selesai. Aku pun pergi dekat konsulen aku, sorang doktor specialist saraf yang sangat baik dan cool.  Aku report berapa patient kat bangsal. And turn dia pulak follow up patient. Fungsi follow up ni sendiri untuk aku belajar dignaose, belajar perjalanan penyakit, so that nti bila konsulen aku follow up pulak, aku boleh discuss dengan dia. Tkde la otak aku kosong bila follow up.

4. Sampai dekat ward aku.. ade 1 patient... tekanan darah kurang... 60/palpation... maksudnya sangat rendah... tengah doktor specialist check patient tu.. tiba-tiba isteri dia tanya doctor... " doc... ini darahnya kurang... perlu ditransfusi darah atau enggak doc? " ........ Dengar je soalan tu... aku rasa nak tergelak je... member aku sebelah aku mmg awal-awal da tgelak... tpi doctor aku cool je.. jawab dengan baik.. sebenanrnya bukan kurang darah... tpi kurang tekanan darah... bila dah kluar dari ward tu.. tiba-tiba aku rasa sedih instead of kelakar... kesian makcik tu.. sudahlah miskin... ilmu pun kurang.... suaminya pulak sakit.. by the way.. aku rasa patient tu tak lama dah kat dunia ni.. 4 hari yg lepas tekanan darah 90/60mmHg. doctor dah stop manitol, captoril, hari ni tekanan darah still turun, means that condition dia mmg teruk. Patient stroke heamorraghic. Takleh buat ape dah..

5. Visit pulak patient lain.. Patient dengan koma diabeticum.. Kali ni, ;agi skali aku nak tgelak dengan soalan family  patient.. " doc, ini kemarin gula darahnya tinggi, kalau gula darahnya tinggi, sy perlu kasi nambah makanan gula atau kurang doc? "....... Skali lagi member aku gelak sebelah aku.. tpi of course dia gelak cover-cover takut patient tdengar... skali lagi doctor aku jawab dengan cool...  "gulan nya bila tinggi jangan ditambahin ibu... " skali lagi bila kluar ward aku kesian dgn keluarga patient.

6. Hasil dari visit hrini, aku dapat 1 penyakit rare, Todd's paralysis.  Penyakit ni.. penyakit yang menyebabkan lumpuh sebelah badan.. dan akan baik dalam masa 2 hari.. so besok kene follow up untuk tgk condition dia membaik atau tak.

Habis dari visit ward, aku harini dapat jadual tugas dekat emergeny unit. Awalnya aku dengan member aku sorang.. Kerja dalam 1jam,,. Tiba-tiba aku rasa, aku sorang je yang jaga unit.. member aku lagi sorang hilang, ntah kemana... hilang dalam 1 jam lebih.. dengan patient banyak, kene tulis report utk transfer patient ke ward, dengan bunyi baby menangis, mmg stress....

7. Tgh aku check patient, dtg seorang member aku yang lain.. " bapak ramai patient, kau sorg je ke? si lagi sorang ke mana?? " aku jawab aku tak tahu.. dah lame hilang.. dalam sepuluh minit lepas tu, member aku yang hilang tu datang.. aku tanya.. " kau kemana tadi? "
dia jawab... "aku gi hantar patient utk usg"... dalam hati aku.... mmg sengaja nak ponteng kerja la tuu... hantar patient gi usg kerja perawat kot...kau jaga la emergency unit ni same-same.. tkde la aku sdri gi check sume patient..

8. Ikutkan hati.. nak je aku ngamuk dekat member aku tadi.. tpi aku rasa.. hrini aku bukan aku... ntah somehow... aku dapat control rasa marah aku... rasa malas bercakap aku.. cmne pun tadi... aku x marah, aku usahakan jugak bercakap dengan dia mcm biasa.

9. Habis jaga emergency unit.... Balik aku trus makan solat tidur... Bangun je dari tidur, aku dapat whatsapp berita buruk.. hari-hari aku diagnose orang.. bila aku dapat penyakit buruk.. aku harap sangat x terjadi pada keluarga aku.. tpi hari ni, benda tu terjadi.. Aku hanya dapat berdoa.. semoga semua akan baik-baik saja...  : (

Wednesday, December 11, 2013

2 benda menyebabkan aku geleng kepala kekesalan hari ni.

1.

Korang nampak tak siapa dalam gambar tu ? Pm kita, Najib kan? Nampak tak betapa bangganya die dengan produk BARU Proton kita yang disayangi tu? Macam mane dengan korg ? Korang bangga juga mcm Najib tak? Kalau korang bangga, tahniah... Korang pun da masuk level bebal sama mcm Pm kita. Yang tahu untuk kerja mudah, cepat untuk siap tapi kualiti takde. 

2. Memang aku sedih tgk Malaysia ni. Harga kereta mahal, dulu BN sebelum menang PRU13, dia pergi canang 1 malaysia untuk turunkan harga kereta. Sebabnya taknak kalah janji dengan janji Pakatan. BN pun sedar yang rakyat dah tahu harga kereta kat Malaysia mcm gile. Tapi ade harga kereta turun? Ade? Sampai sudah takde. Semuanya sebab AP (permit kereta luar nak masuk Malaysia ) tu, geng2 dia yang control, so senang cite, geng2 dia ajelah yang kaya. 

3. Harga kereta mahal, semuanya tkde alasan lain, sebab nak jaga harga Proton dan juga pekerja-pekerja Proton.. Akibatnya , harga jualan utk semua kereta, apa-apa brand pun, semua jadi mahal. Korang ce gi tanya Najib, kalau dia betul-betul ikhlas nak jadi Pm yang jaga rakyat, kenapa dia nak jaga Proton yang jumlah pekerja dan nilai yang lagi sedikit dibanding semua rakyat Malaysia yang lain.Boleh kata pekerja Proton tu kurang 10 percent daripada jumlah rakyat Malaysia. Korang nti kalau ada peluang, cube tanya kat Najib, ape kemajuan Proton lepas ditubuhkan selama  lebih 25 tahun ditubuhkan DAN tanya jugak, apa keburukan Proton pada rakyat Malaysia. Mesti dia jawab, kemajuan sikit je, keburukan dia, rakyat kene tanggung harga kereta mahal sbb nak jaga Proton. Lepas jawab soalan kau tu, for sure Najib gelak-gelak sbb yang kene beban bukan dia.

4. Yang aku x fahamnye, ade lagi rakyat Malaysia yang gi beli Proton, aku pernah kata kat mak aku, kenapa ekh ade orang beli proton padahal kualiti haprak, harga mahal ( mahal kat sini mksd aku, x berbaloi dengan kualiti ,) Mak aku jawab, sebab orang Malaysia tkde duit nak beli brand lain. Betul la tu, keraajan buat harga kereta lain mahal, sampaikan only choice is beli Proton. Fucked up betul kerajaan. Aku baca komen-komen kat facebook psl proton mirip Accord ni, mmg di luar pemikiran normal aku bila baca komen penyokong Proton ni. 

5. Antara komen-komen geng bijaksana dan yang sayangkan BN dan UMNO.
a) Lol, laki aku pakai proton dah 14 tahun tak der masalah pung, yg mana dok condem tu, bising je lebih, cakap belakang je lebih...

b)  Kelakar la aku tgk org yg pandai kondem ni, mcm la korg yg pkai myvi tu xciplak dr toyota dgn daihatsu. Kebanyakan kereta yg ada ky psaran ni ciplak antara 1 sama lain cuma yg buta tuli je xnmpak. Yg korg nmpak cuma buatan dr malaysia. Tu namanya xreti bersyukur, n tahu menjatuhkan maruah sndiri dgn negara. Cintakan la negara bangsa2ku.

c) Tu la bangsa sesetengah melayu... x pernah rasa bersyukur dan bangga dgn apa juga yg hasil negara sendiri.. tau nya mengutuk.. siang mengutuk malam mengutuk.. pagi petang mengutuk... x penat ke.. mengutuk ni.. ke memang dah memang x boleh ubah dah... awas.. klu hati jadi gelap.. takut2 nanti...

d)Yg slalu rosak tu try selidik dr mane dtg duitnye.kalo rase dah x best sgt dok kat malaysia pi la pindah kat UK ke US ke Aus ke...keta kat sane pon murah.kualiti pon tinggi so x pyh la terhegeh2 nak komplen kat proton lg...

6. Adoi.. tgk mentaliti rakyat skrg. Kadang rasa kesian dengan dorang. Kutuk itulah tanda sayang. Korang nak backup Proton ni, korang tahu Proton milik siapa ? DRB. Honda milik siapa ? DRB. Nampak x? Yang kaya nya nanti orang same je? Nampak tak duit rakyat lain yang kene perah ( aku kata perah sebab rakyat yang nak beli kereta brand lain terpaksa bayar tax 200-300% ) sebab nak JAGA and MAJUKAN Proton akhirnya dapat hasil design kereta copypaste je? Aku rasa jadi engineer Proton la kerja paling mudah skali kat dunia. Kau cari je design keta lain, kau copypaste, pastu kau kata kat rakyat, ni sebagai kerjasama bagi memajukan Proton. Mudahkan? Kalau kau cinta negara la kau kene boikot si Proton ni. Tapi sayang.. Mase  bercinta tu tkde cinta yang pandai. Bila cinta hampir semua orang jadi bodoh. Siap boleh halau tu, siapa  tak suke boleh tinggal luar negara. Patut yang bebal dok backup Proton tu yang dihalau! Habiskan duit rakyat, hasil kerja cm haprak. Barisan Nasional  ( BN ) ni sama je dengan Bala Negara.

5. Korang tengok sikit, Mercedes. Kereta jepun, Honda dan lain-lain. Ade dorang ciplak model mcm Proton menciplak? Masa dorang mula-mula naik sebagai pembuat kereta ada dorang ciplak?  Family aku tkde pun yang pakai proton. Boikot. Terus terang bukan sombong. Tapi sebabkan bencinya pada BN dan Umno ni, bapak aku kalau tgk atau dengar je Najib berucap, mmg saat tu jugak dia tutup radio or tv. Nak harap bapak aku beli Proton support BN, nak duduk atas seat Proton, aku rase allergic bapak aku nanti. 

6. Perkara kedua yang buat aku geleng kepala harini. Tambang light railway train (LRT) nak naik. Nampak tak betapa bangsatnya kerajaan. Semua benda nak naik harga. Aku da start rase ngeri nak mula kerja nanti. Pemimpin-pemimpin Malaysia skrg ni , menjawab la korang besok kat akhirat. Dengan kes lembu Shahrizat lagi, dengan laporan Audit negara pun banyak kerugian, lepas tu perah duit rakyat, suruh rakyat berjimat cermat. Mmg dah parah BN UMNO ni. Kalau next PRU14 ni BN UMNO menang jgk, speechless aku. Aku rasa aku stop tulis blog kot. Kerja 24jam cari duit sbb nti aku boleh sure, harga rumah teres rm800ribu , aku akan nampak sebagai harga rumah yang murah, tapi tidak affordable bagi aku. 

7. Nak tgk koleksi proton yang baru? 



Saturday, December 7, 2013

Kecik-kecik ponteng kelas, bila sudah besar...

1. Semalam, masa aku nak gi solat Jumaat. sambil jalan ke masjid tu. aku tgk kat jari2 aku. " eh byk la plak kulit menggelupas. main sabun kuat sangat ke ni... " smbil memikirkan kelainan kulit  aku, sedap jugak aku kopek-kopek kulit mati tu. Smpai di masjid, khatib baru nak bangun, khutbah baru nak mula. Hurm.. Lambat sikit aku hari ni.. kalau datang awal sikit boleh solat sunat dengan tenang.

2 .Sampai di depan pintu masjid, aku cuba tgk kat dalam masjid. Aku toleh kiri kanan, cuba cari tempat kosong dari depan pintu sambil aku terus kopek kulit mati sbb aku tak nak kotorkan masjid nanti dgn kulit aku. 

3. Tiba-tiba, ada la seorang pakcik ni. Mungkin umur dia dalam 40+ tahun.  Lepas 2,3 saat dia pandang aku, dengan selamber dia kata, " Situ mas, di sana ada kosong " sambil menunjuk satu saf yang kosong untuk aku duduk.

4. Aku jadi sedih. Alahai pakcik ni. Dah tua dah. Kesian dia masih sedikit jahil.

5. Tak tahu ke dia bahwa walaupun berkata-kata sepatah sewaktu khutbah tu menyebabkan pahala jadi kosong?

6. Bukan pakcik ni je case nye. Tak jarang aku tengok bapak-bapak bawak anak kecil ke solat jumaat, bila khutbah da mula, dia pergi bergurau dengan anak dia.

7. Rugi rugi. 

Wednesday, December 4, 2013

Aurat

1. Lately ni aku bace kat facebook. Banyak yang post about getting males doctor or medical officer untuk rawat patient wanita. Alasan utama, nak jaga kehormatan patient wanita Islam, and haram buat lelaki tgk aurat wanita.

2. Benda ni aku rasa kene tgk dari banyak perseptive. Honestly, aku sebagai lelaki yang biologically normal, aku akan naik nafsu kalau jalan-jalan di mall, akan nampak la cina-cina yang pakai short pants. Dengan paha putih, slim, belum lagi dengan yang pakai top yang nampak cleavage. Tpi sepanjang aku dah masuk koass, aku da ikut banyak situation, yang aku tgk breast, vagina , tkde halang-halang punya. Clear vision. Bile operation Ceasar, or bila perempuan dengan tumor buah dada, (fibroadeno mamae ) bahkan aku pegang breast dorang. Nak kata aku bernafsu bila ada dalam situation tu? Jujurnya, tkde sikit pun rasa nafsu. 

3. Yang ada cuma awkward je. Sebab situation tu tak menyenangkan patient, oleh sebab tu, secara langsung tak menyenangkan aku. Pada aku, aku nak belajar. Tkde niat lain pun. Yang kawan-kawan aku, sure dorang kata aku suka benda-benda macam tu, tapi bila bab belajar, aku betul-betul nak tahu.Lagi satu, bila da habis situation awkward tu, aku dan kawan- kawan medic tkde pun jadi bernafsu.  Aku percaya semua kawan medic aku pun macam tu. Tak percaya? Cuba tanya kawan-kawan perempuan korang yg amek medic, bile dorang pasang kateter ( kateter = masukkan tiub dalam penis lelaki utk patient yg susah nak buang air kecil ) dekat patient lelaki, ade nafsu tak? Kalau takde , sama lah macam student medic lelaki. Kitorg tkde nafsu pun bile time praktikal. 

4. Nak tambah lagi, bahkan  kadang-kadang aku tak teringin pun nak tengok vagina. Paling aku x sanggup, kalau ada operation curettage. Mmg aku tak sanggup. First time aku tgk, and aku berharap aku takkan tgk lagi lepas ni. Alasan? Sebab ngeri. Tak perlu aku explain kenapa ngeri, korang google sendiri.

5. Another point, korang tkperlu nak amek contoh doktor Obstetric And Gynecology ( Obgyn ) harus yang lelaki sebagai nak jaga aurat wanita. Takperlu korang aim doctor lelaki je yang kene tengok aurat perempuan. Kalau nak ikutkan aurat, hari-hari orang lelaki biasa ( selain doctor ) buat dosa sbb tengok rambut perempuan kat Malaysia ni. Macam aku kata tadi, dekat mall, mmg byk betul subjek utk lelaki dapat dosa. Satu soalan , ape beza aurat RAMBUT dengan aurat Vagina ? Same or beza? Kalau same, same je dosa tengok rambut perempuan dengan tengok vagina? Kenapa tak condem dulu perempuan-perempuan yang tak tutup rambut? Tapi kenapa bile bab nak bersalin, sibuk nak cari doktor perempuan padahal diri sendiri tak pakai tudung? 

6. Buat yang doktor lelaki, aku tak sokong pun yang doktor lelaki boleh tgk/pegang aurat perempuan. Korang nak adik perempuan/kakak korang nanti kelak, diperiksa dengan doctor lelaki? Nak ke korang vagina ahli keluarga korang dijadikan bahan belajar doktor-doktor praktikal? Kalau jawapan korang taknak, review balik pandangan korang yang tak suka dengan society kita yang nak situtation PEREMPUAN HANYA DIRAWAT OLEH DOCTOR PEREMPUAN. 

7. Ada betulnya konsep PEREMPUAN HANYA DIRAWAT OLEH DOKTOR PEREMPUAN, tapi society kene jugak faham, doctor lelaki.. kalau merawat.. memang dia merawat.. in certain situation darurat.. kalau wife/adik/kakak korang perlu dirawat doctor lelaki.. sad to say, kadang itu kenelah diperbolehkan. Islam itu mudah, when it comes to hard situation, dont make it harder. Tapi kalau korang rasa situation boleh ditangguh smpai ada doktor perempuan untuk merawat, silakan korang untuk menunggu. 

8. Benda ni kalau bahas mmg tkkn habis. Saje je aku post sbb aku tak suke society sekarang, once dah ada view sendiri, mulalah nak bash orang-orang yang tak same view mcm dorang. Salah sebenarnya. Korang tak rasa apa jadinya medical society.. If korang yang baca ni nak komen/ baiki post aku, silakan. Tapi jgn bash aku ye.. still learning too..

Wednesday, November 27, 2013

Announcement

1. Assalamualaikum semua.. Lama betul x update blog ni.. So sekarang aku rasa nak buat pengumuman sikit.. yang aku nak cuba tulis blog kembali..

2. Sebab sebelum ni.. ada beberapa hal yang buat aku pause tulis blog.. So sekarang lebih byk sebab untuk aku start balik tulis blog.

3. Antaranya...
a) aku tgh lonely tkde bestfriend kat sini.. so antara tulis blog antara satu channel aku luah perasaan.. tkpela tkde feedback seperti yg aku harap daripada seorang manusia, tapi atleast rasa puas di hati sbb sudah diluahkan.
b) aku rasa byk sgt benda gile da jadi kat malaysia skrg dan aku rase aku perlu tulis di blog so that nti aku boleh review balik benda2 gile ni masa hadapan.. supaya aku boleh tgk silap2 kerajaan sekarang.. so aku tak undi dorg nti pada PRU masa depan.
c) aku nak share hidup aku sebagai koas. :)

4. Before aku tulis blog dgn hemah nya... aku rasa perlu ada la sikit announcement. sbb nti akan ada kaitan dgn entry aku di masa depan.. ANNOUNCEMENT nya.. aku da grad dari medical student.. skrg ni aku tgh bereskan practical clinical.. beza dulu dengan sekarang... dulu aku gi ulang-alik kampus bukak buku je. skrg ni lain.. skrg aku da jadi CO-ASSISTANT doctor. ( kat indo pgl koas ) mksdny..skrg aku da mula bergaul dgn doktor-doktor pakar yang juga pembimbing aku.. dengan nurse2.. dengan patient... hidup aku hari2 kat rumah sakit ( hospital )  so mybe post aku byk berkaitan dgn kehidupan sbgai koas..

5. So sempena post ni.. aku nak share jgk few gambar aku grad hritu. ( 3 je pun )
 since aku tk share byk gmbr grad aku kat tmpat lain.. so wajar jgk aku rasa kalau aku share kat sini. tanda syukur sudah lepas 1 fasa yg agak susah dlm hidup blaja medic.

6.




7. Sekian.