Tuesday, July 1, 2008

marah nih!

1. 5 tahun di sekolah menengah aku, beberapa bulan di rumah aku, aku kerap melihat keadaan yg 'panas' akibat orang2 sedang marah akan perkara2 yg mereka tak suka,tidak gemar dan tidak menjadi dalam hidup mereka.

2. Aku sendiri slalu marah. tapi ada seseorg mengatakan aku susah marah dan dia menyurh aku marah kepada nya.beberapa hari yg lepas, aku lepaskan perasaan tak puas hati aku kepada seseorg dlm ahli keluarga aku. Kesian pada dia. Pada pendapat aku,setelah puas aku menasihatinya dengan kata2 lembut, contoh2 yg tidak baik yg akan terjadi padanya sekiranya dia terus bersikap demikian dan harapan ahli keluarga padanya,barulah aku patut naik angin kerana tak ingin dia terus bersikap tidak baik dan dengan harapan dia akan berubah. Tapi setelah tiada perubahan, aku terpaksa naik angin.

3. Hari ini, aku terbaca blog kawan aku. Mohd Nur Ashraf Azrol. dia kawan aku di sekolah menengah aku. hebat orgnya. Post blog ini telah saya ambil dari Ashraf.


4. KHALIFAH MAKMUN DENGAN PENGKRITIKNYA

Sebagai seorang raja, Kalifah Makmun mempunyai sifat-sifat yang baik dan yang buruk. Dalam sejarah perkembangan Islam, nama beliau sangat terkenal. Beliau adalah raja islam yang paling menyukai perkembangan ilmu pengetahuan moden.

Beliau mendirikan institut penterjemahan pertama di dunia iaitu Baitulhikmah atau rumah ilmu. Institut itu aktif menterjemahkan karya-karya daripada eropah ke dalam bahasa arab.

Tetapi beliau menerima tentangan kuat daripada golongan ulama disebabkan beberapa tindakanyang dilakukan beliau adalah salah dari sudut agama.

Pada suatu hari, khalifah Makmun melawat bandar Basrah. apabila tiba hari Jumaat, khalifah Makmun bersembahyang di masjid besar bandar itu.

Beliau mendengar sendiri khatib yang menyampaikan khutbah pada hari itu menyebut namanya dan mengkritik dengan keras dan kasar keburukan-keburukannya.

pada masa lain, khalifah Makmun pergi bersembahyang di masjid lain, tetapi khatib yang sama menyampaikan khutbah di masjid itu. khatib itu mengulangi kutukan keras dan kasarnya terhadap khalifah.

“Mudah-mudahan Tuhan menghukum khalifah yang tidakbertanggungjawab itu. ” khatib itu berdoa.

Selepas tamat sembahyang khalifah Makmun memerintahkan pembantunya mencari si khatib.

apabila khatib itu sudah duduk didepannya, khalifah Makmun berkata, ” agaknya, siapakah yang lebih baik, tuan khatib ataupun Nabi Musa?”

“sudah tantu nabi Musa lebih baik dapirada saya, tuan tentu sedia maklum,” jawab si Khatib. “betul,betul” kata khalifah Makmun. Kemudian beliau bertanya lagi,” siapa pula yang lebih jahat, saya atau Firaun?”

Si khatib diam. tapi kemudian dia menjawab “pada pendapat saya Firaun lebih jahat datipada tuan.”

Kata khalifah Makmun,” maaf, tuan khatib.seingat saya, Firaun itu amat jahat orangya. dia mengaku dirinya tuhan. dia merebus dayangny bernama Masyitah dengan anaknya hidup-hidup. dia kejam kepada pengikut nabi Musa. tetapi Tuhan tetap memerintahkan Nabi Musa bercakap dengan lembut kepada Firaun”

si khatib mendengar sahaja kata-kata khalifah Makmun itu.

kemudian khalifah itu berkata lagi, “tolong bacakan ayat Quran yang menyebut arahan itu.”

Tuan khatib itu tergagap-gagap membacakan ayat 44 dalam bab Ta-Ha yang ertinya,” Wahai Musa dan Harun, berikanlah kepada Firaun nasihat-nasihat yang baik dengan bahasa yang halus, mudah-mudahan dia mahu ingat dan berasa takut kepada Tuhan.”

“sekarang, apakah boleh saya minta tuan khatib menegur saya dengan bahasa yang lebih sopan kerana tuan tidak sebaik Nabi Musa, manakala saya tidak sejahat Firaun,” kata Khalifah Makmun.

(Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin, Dr fadzillah khamsah,Fauzul Na’im Isha,PTS,2004)

5. Aku terfikir. Atira dan Amy berpendapat pukul anak bukanlah satu tindakan yg baik untuk mereka mendapat pengajaran tentang kesilapan mereka dan kesedaran tentang apa yg terbaik untuk mereka.

6. Ya. aku setuju.

7. Mmg pukul anak bukanlah satu tindakan yg baik untuk mereka mendapat pengajaran dan kesedaran tentang apa yg terbaik untuk mereka.

8. Pepatah Melayu ' sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan'. Melihat pula pada kisah P.Ramle., yg langsung sayangkan dan percayakan anaknya bulat2 dan pada akhir cerita anaknya ditangkap oleh polis setelah ayhnya sendiri melaporkan tempat persembunyian anaknya itu yg diburu polis.

9. Suami dibolehkan memukul isteri dengan niat mendidik isteri yg nusyuz. Akan tetapi, ada beberapa garis batasan yg telah ditetapkan oleh Islam.

10. Antaranya ialah memukul dengan objek tumpul, tidak mengenai bahagian sensitif, dan bertujuan untuk mendidik(tidak memukul untuk memuaskan hati). Itupun setelah dinasihati dengan cara yg baik akan tetapi nasihat itu tidak berhasil.

11. Cara ini juga tidak salah digunakan untuk mendidik ahli keluarga kita termasuk anak2 kita atau sesiapa yg dibawah jagaan kita. Semuanya diasaskan dengan niat hendak mendidik,untuk mencapai sesuatu yg lebih baik, pasti akan berjaya.

12. Akhir sekali,memukul anak bukanlah satu tindakan yg baik untuk mereka mendapat pengajaran tentang kesilapan mereka dan kesedaran tentang apa yg terbaik untuk mereka.

No comments: