Tuesday, June 24, 2008

Tak cukup duit?

1. Seperti biasa, harga minyak naik. topik hangat.org muda,org sudah berkeluarga, org dah nak pencen pun berbincang tentang harga minyak yg mahal. Namun, Kerajaan kata perkara ini diluar kawalan dan kuasa kerajaan. Ada org berkata ianya ada kaitan mainan ahli politik dan menghubungkan dengan apa yg terjadi kepada keuntungan yg diperolehi Petronas.Ahli ekonomi pula berpendapat bahawa isu di Timur tengah menyebabkan harga minyak naik. Isu nuklear Iran, isu politik di Iraq, dan pelbagai lagi menyebabkan pengeluaran minyak dikatakan berkurangan. Asas ekonomi, apabila permintaan melebihi pengeluaran, sudah pasti harga akan meningkat.

2. Golongan berpendapatan rendah,(Rm1000 dan kebawah) sangat merasai kesan kenaikan harga minyak. Cukupkah dengan pendapatan bulanan begitu untuk menampung sebuah keluarga, yg mempunyai 5 org anak? Sudah pasti tak cukup. Banyak perkara huru-hara berlaku di dunia pada masa kini.Melihat keadaan di Malaysia saja sudah cukup.Boleh dikatakan tidak kukuh. Tiada pembangunan mega, rasuah,seludup diesel, salah guna kuasa, perebutan jawatan tinggi, kekurangan beras(padahal di perlis, kedah,kelantan, terengganu,tanah luas dibiarkan saja). Dimana silap kita sebagai manusia yg mendiami Bumi? Kita tak boleh menyalahkan binatang2 menyebabkan harga minyak naik. Semua ini jelas berpunca dari silap manusia.
walaupun harga minyak naik banyak mane pun, binatang tetap tak kesah. rilek aje.
jadi mmg bukan salah binatang la kan?
Photobucket

BINATANG TAK BERSALAH


3. Saya ada mendengar khutbah jumaat di sebuah surau di Kelana Jaya. Khatib membuka mimbar dengan tajuk 'HARTA'.

4. Kata khatib. anak merupakan harta dan amanah yg paling bernilai. Tapi saya tak ingin menyentuh perkara tentang anak. tapi saya lebih tertarik dengan satu bahagian khutbah itu. Khatib mulai bahagian menarik itu dengan memberi satu contoh dalam kehidupan manusia sendiri mengenai harta.

5. Harta atau rezeki, bagi setiap manusia telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Namun begitu, Islam menyeru umat2nya mencari rezeki yg halal, bersih,berkat dan diRedhai Allah. Diberi 2 lelaki berkeluarga yg berlainan darjat dan taraf ekonomi. Seorang merupakan petani dengan pendapatan kurang dari rm1000 sebulan manakala seorang lagi merupakan ahli perniagaan dengan kontrak yg byk, dan mempunyai simpanan yg banyak(katakanlah berpuluh ribu ringgit). Si petani mempunyai 5 org anak dan ahli peniagaan mempunyai 3 org anak. Dilihat secara kasar, mmg rm1000 tidak cukup untk menampung keluarga bersama 5 org anak dan ahli perniagaan tiada masalah menampung keluarganya.

6. Akan tetapi, keadaan boleh menjadi berbeza dengan pandangan kasar. Petani itu mempunyai anak2 yg sihat, bijak hingga mendapat tajaan pelajaran, mendengar kata, rumah si petani tidak mengalami kerosakan, kenderaan yg digunakan berada dalam keadaan yg baik tanpa perlu dibaiki, tanaman pula sangat subur tanpa penyakit dan serangan serangga.

7. Pada si ahli perniagaan pula, anak2nya tidak menjadi. Anak2nya menjadi penagih dadah, mejadi buruan polis, pelajaran tidak jauh dan byk menghabiskan duit. Kenderaan selalu rosak. Pekerjanya mendatangkan masalah seperti hasil kerja yg kurg kualiti.Rumah yg didiami rosak yg pelbagai. Paip bocor, dinding retak, dan keinginan untuk mengubah suai rumah.

8. Dilihat semula, mungkin keberkatan harta menjadi punca 2 perkara ini. Mungkin Si petani jujur menjual hasil tanaman,bersedekah dan berjimat dan bersyukur. manakala mungkin ahli perniagaan menerima rasuah, tidak jujur melakukan kerja, tidak bersyukur, boros menggunakan harta kepada perkara sia2.Kesannya, si petani boleh melalui hidup senang dengan gaji Rm1000 manakala ahli perniagaan masih pening2 memikirkan tentang duit.

9. Bila kita merasakan tidak cukup duit untk berbelanja, rasa susah hati memikirkan tentang dimana hendak mencari duit, tidak salah jika kita diam sejenak memikirkan keberkatan harta2 yg kita perolehi.

10. Memang, memang benar Tuhan memberi sedikit dugaan kesempitan harta.Namun, kita harus mencari dimana silap kita dalam mencari rezeki. Setelah yakin dan pasti kita tidak melakukan,dengan sengaja atau tidak perkara2 yg tidak bersih, barulah kita boleh yakin bahawa semua kesempitan ini adalah dugaan Tuhan. Jika ada kita melakukan perkara buruk, hendaklah kita meninggalkan perkara2 itu.Dan kita perlu juga bersyukur pada Tuhan kerana sudah pasti, ada byk lagi hamba Allah yg jauh lebih kurang bernasib baik daripada kita. Allah telah berjanji, jikalau kita bersyukur, pasti Allah akan tambahkan apa yg telah diberi.

11. Kita diberi akal, masa 24jam sehari, anggota badan yg sihat, adakah kita masih tidak mampu berfikir untuk kebaikan kita sendiri? Jangan cari kesilapan org lain. Baikilah dulu silap sendiri.

12. Akhir sekali, Kita bekerja untuk hidup. Mengapakah perlu kerja bagai nak 'mati' ?
(tarak boley pakai punya ayat)


Ok cukup. blogger mau mandi =)

Photobucket

No comments: