Thursday, June 12, 2008

pertama kali nye, Restoran Binjai

1. 3 Jun 08 lepas. kedai makanan restoran Binjai dibuka di Bandar Utama, berdekatan sekolah bu4. 3 hari sebelum, keluarga saya dan keluarga makcik sebelah mak, dikenali dgn panggilan che ngoh, menjual makanan kelantan di Pesta Kelantan di Taman Tasik Titiwangsa. Habis menjual selama 2 hari, kak yein, sepupu saya tanya, 'bile enggey masuk U?' saya jawab. 'oh lambat lagi... 7.7.08.' 'oh ye ke!?. boley la kerja kat binjai!'.. saya pun tnya bapak(org jawa) dgn mak. bapak kata, 'takyah le keje. karang nak masuk U dah...' mak kata ' hrmm suke hati kamu le..mak tak kesah...'
memandangkan tiada bantahan kasar dari parents, saya pun setujulah untuk bekerja di Binjai.

2. Satu perkara yg saya nak jelaskan disini.. saya dari awal tidak ingin bekerja sebaliknya ingin menolong che ngoh memandangkan restoran itu baru dan memerlukan pertolongan yg cukup untuk berdiri.Memandangkan saya harus mendaftar di U pada 7.7.08 jadi saya niat awal- awal untuk bekerja selama 2 minggu sahaja di Binjai dan 2 minggu lagi untuk mbuat persiapan ke U. Sudah serik dikatakan oleh mak sebagai 'Last minute person!'..

3. Sekarang, tarikh 13 jun. cukup 10 hari kedai Binjai dibuka. sepanjang 10 hari kedai ini dibuka, saya menolong selama 16 jam sehari. jadi untuk balik rumah, kemas2 kedai, mandi, myspace, disitu sudah digunakan 2jam. selebih nya adalah tido.

4. senarai pekerja- pekerja di Restoran Binjai.
-efah(pelayan)
-abg edy(pelayan)
-kak rani(pelayan)
-abg sunny(pelayan)
-kak desy(
pelayan)
-abg sabri(profesor roti canai)
-mat(pakar teh tarik air terjun, feveret air saya)
-kak mimi(cashier paling hot)
-uncle mus(chief cook)
-che yah(cook)
-ayh su(cook)
-pok wi(cook)
-abg sham(asst. dapur)
-abg nuar(
asst. dapur)
-yani(
asst. dapur)
-ibu yati
(asst. dapur)
-kak yein(asst. chief)
-abg boy(asst. chief)
che ani(asst. chief)

5. Abg sabri, mat dan abg sham. Sangat respek dgn dorg. very hardworking guy. ingin saya kongsi kisah dorg. mereka tiba dari johor 2 minggu awal sebelum tarikh buka restoran. sampai saja di depan restoran Binjai pagi tersebut, poket mereka KOSONG! langsung tiada duit. Akhirnya mereka terpaksa menjual henfon mereka kpd Jaga2 Nepal yg bertugas di situ dengan harga RM30. Sepanjang 2 minggu mereka berada di restoran Binjai, che ngoh menyediakan makanan untuk mereka dan mereka tidur di restoran.Buka restoran Binjai, mereka antara pekerja paling rajin skali, takboleh duduk diam! abg sabri siap offer nak bukak kedai sampai pukul 2 memandangkan malam itu perlawanan euro 2008 antara sweden dan czech republik dan abg sabri mungkin fikir restoran Binjai boleh buat duit lebey dengan menjual roti canai dan teh tarik malam itu. Tetapi setelah berbincang, che ngoh sepakat tidak membenarkan kedai dibuka hingga pukul 2 dan menyuruh abg sabri berehat saje. saya dan abg saya berfikir yg mungkin abg sabri berasa terhutang budi dengan che ngoh. Abg sabri juga rajin mengutip tin kosong yg dibuang oleh pelanggan yg membeli air tin di restoran untuk dijual bagi menambahkan duit poket.Hanya pada hari semalam, 12 jun, abg sabri dan mat lelap pada tengah hari setelah bekerja sgt rajin selama 10 hari. Pada saya,mereka berdua, sangat saya kagumi! tidak menipu, rajin, mengenang budi,berkebolehan,rendah diri, menghormati org, byk lagi lah! cume satu je. tapi takperlu say buka aib org. tak elokkk~

6.Hari khamis, 12 jun. merupakan hari yg paling teruk bagi saya, sepanjang saya bekerja di Binjai. Kerenah customer macam-macam-macam-macam! setakat ni, cukuplah setakat saya memberitahu begini. Kerenah yg macam apa, saya akan tulis kemudian. Kak mimi, sangat keletihan. kesian dia. tidak cukup tido selama 10 hari. Macam-macam pressure telah dia serap. dan saya percaya dan faham, dia sudah tak larat menanggung. jadi kak yein akan jadi cashier esok,menggantikan kak mimi. Biarlah dia rehat.dia mmg memerlukan.

7. Memang, memang semua org penat.

8. Tapi kene sedar bahawa tak semua benda senang.

9.
Tidur pun menderitakan sesetengah org. Ada pekerja Binjai, baru kerja 2 hari,sudah demam 2 hari. tatau la ntah betol ke tidak demam nye.ada sorg lagi, mmg liat sgt buat kerja. org mtk tolong, mmg la dia buat. sbb dia takut dgn bos agaknye. tapi yg tak syok nye, dia byk bunyi! itula, inila,haih.. aku tangan gak dia ni. keje mane yg senang beb!nak goyang kaki je..susah le cani!

10.Restoran Binjai. Name diambil dari kelantan. Tempat kampung aku. Sangat manja pada mula nya. Itu, ini, sana, sini ,atas bawah, kene dibuatkan. Skrg Binjai masih manja. Byk yg perlu diberi perhatian! tapi aku yakin, satu hari nanti pasti Binjai akan kukuh, mudah diuruskan, berjaya dan menjadi restoran kebanggaan!

amin~!


1 comment:

bohjann bohsann said...

wahaha
bleh blah blog ko ni
congratz2...

anyway kagum lak aku tgk korg bukak bisnes....
nak jgak aku bkak 1 kedai....
huhuhuhu
respect sial dieowg...
send my regards to them k??

ok....chaloo
keep up the good blog....
warharhar

gud luck at penang