Thursday, October 15, 2009

fuh!

1. akhirnye buat pertama kali aku blaja kat ukrida ni kerja aku siap seluruhnya tanpa ada lagi kerja yang perlu dibereskan! lega nak mampus. serious.

2. aku meraikan nya dengan membeli 2 ekor ikan laga. hoho. puas hati aku! cantik gile. izey mesti jeles. haha. tapi tujuan kali ini bukan bertumpu pada ikan laga aku, tapi post kali ini, aku nak menjelaskan pada kalian yang membaca, bahawa hidup ini perlu berbaik dengan orang.

3. niat di hati tu penting.

4. tutur kata yang baik-baik terhadap orang lain harus dititikberatkan.

5. aku faham kalau ada sesetengah orang yang memang sifat semulajadinya tidak begitu pandai bergaul. mereka mungkin pendiam, tidak bijak mencari peluang bergurau senda, tidak tahu memberi nasihat membina.

6. tapi semua itu tidak sejahat orang yang dihatinya ada niat untuk menghina, mengkeji, merendah2kan orang lain.

7.segala apa yang aku terasa dengan minah tu, harap aku dapat bersabar.

8.satu perkara lagi tentang niat di hati, teringat pengalaman dengan seorang kawan aku ni. aku kenal dia sudah hampir setahun. dia baik. boyfriend dia baik.

9. pada mulanya, memang aku agak baik dengan dia. tetapi sejak di jakarta, terasa ada ketidakserasian dalam berkawan antara aku dan dia. aku juga ada baik pada mulanya dengan boyfriend dia, tapi mungkin kerana jeles, keadaan menjadi sedikit suram.

10. salah aku atau salah dia, aku tak tahu. tapi aku pasti niat di kedua-dua hati itu tidak mahukan keadaan sebegini yang sudah tidak akrab.

11. mungkin dia ada alasan sendiri, MUNGKIN aku ada alasan sendiri.

12. ketahuilah bahawa pada aku, kawan yang baik kawan seperti kau, seharusnya dihargai.dan aku menghargai! mungkin keadaan akan kembali baik. harapnya begitu.