Thursday, October 22, 2009

komunikasi! ohh malasnye....

1. ehem. mula-mula, aku nak bgtahu esok aku ada exam komunikasi pkul 11pagi waktu indonesia barat. dgr tajuk pun dah bosan kn? hape la komunikasi... drjh 1 yang bosan pun tak blaja subjek yang bosan tu..

2. teman-teman sekalian... buat pertama kali dalam hidup aku, tak pernah aku rase sebegini malas nak berlajar. jujur aku cakap, aku terasa mcm satu lembaga malas sebesar alam datang lalu menyelubungi aku. merasuk kuat hingga meninggalkan kesan sebegitu dalam seperti dalamnya telinga manusia yang kalau korang korek guna jari takkan boleh sampai ke dasar telinga.

3. aduh.. malas gila. mula dari pkul 6ptg tadi. aku renung je modul komunikasi tu. tak bukak- bukak pon. kejap pergi minum air, kejap layan facebook, bosan kejap, pergi main gitar kat bilik ameer, bosan lagi, d.load lagu yang pada aku, merepek punya lagu. lagu ironman.....? hurh. malas gila.

4. bosan lagi, aku main dengan ikan laga aku. bosan lagi, pergi lepak warong kopi. bosan lagi, ym dgn amy.bosan lagi, potong kuku, bosan lagi, korek telinga, bosan lagi, kemas almari, bosan lagi, baring-baring. bosan lagi, main mafia wars. bosan lagi, bace blog, bosan lagi, tulis blog. bosan lagi, aku tatau ape nak buat!

5. yang aku pasti, modul itu tidak aku sentuh! suci murni bersih berseri.

6. "takpe munzir.. ko cemerlang..... "

7. ayat kawan aku. palahotak...... dah mmg tak blaja nak cemerlang apa nye....

8. ape la aku nak merepek time exam esok.

9. gila.

10. mungkinkah..... erk.. aku tatau nak smbung ape... harapnya sekejap lagi aku blaja.

11. harapnya!

No comments: