Korang nampak tak siapa dalam gambar tu ? Pm kita, Najib kan? Nampak tak betapa bangganya die dengan produk BARU Proton kita yang disayangi tu? Macam mane dengan korg ? Korang bangga juga mcm Najib tak? Kalau korang bangga, tahniah... Korang pun da masuk level bebal sama mcm Pm kita. Yang tahu untuk kerja mudah, cepat untuk siap tapi kualiti takde.
2. Memang aku sedih tgk Malaysia ni. Harga kereta mahal, dulu BN sebelum menang PRU13, dia pergi canang 1 malaysia untuk turunkan harga kereta. Sebabnya taknak kalah janji dengan janji Pakatan. BN pun sedar yang rakyat dah tahu harga kereta kat Malaysia mcm gile. Tapi ade harga kereta turun? Ade? Sampai sudah takde. Semuanya sebab AP (permit kereta luar nak masuk Malaysia ) tu, geng2 dia yang control, so senang cite, geng2 dia ajelah yang kaya.
3. Harga kereta mahal, semuanya tkde alasan lain, sebab nak jaga harga Proton dan juga pekerja-pekerja Proton.. Akibatnya , harga jualan utk semua kereta, apa-apa brand pun, semua jadi mahal. Korang ce gi tanya Najib, kalau dia betul-betul ikhlas nak jadi Pm yang jaga rakyat, kenapa dia nak jaga Proton yang jumlah pekerja dan nilai yang lagi sedikit dibanding semua rakyat Malaysia yang lain.Boleh kata pekerja Proton tu kurang 10 percent daripada jumlah rakyat Malaysia. Korang nti kalau ada peluang, cube tanya kat Najib, ape kemajuan Proton lepas ditubuhkan selama lebih 25 tahun ditubuhkan DAN tanya jugak, apa keburukan Proton pada rakyat Malaysia. Mesti dia jawab, kemajuan sikit je, keburukan dia, rakyat kene tanggung harga kereta mahal sbb nak jaga Proton. Lepas jawab soalan kau tu, for sure Najib gelak-gelak sbb yang kene beban bukan dia.
4. Yang aku x fahamnye, ade lagi rakyat Malaysia yang gi beli Proton, aku pernah kata kat mak aku, kenapa ekh ade orang beli proton padahal kualiti haprak, harga mahal ( mahal kat sini mksd aku, x berbaloi dengan kualiti ,) Mak aku jawab, sebab orang Malaysia tkde duit nak beli brand lain. Betul la tu, keraajan buat harga kereta lain mahal, sampaikan only choice is beli Proton. Fucked up betul kerajaan. Aku baca komen-komen kat facebook psl proton mirip Accord ni, mmg di luar pemikiran normal aku bila baca komen penyokong Proton ni.
5. Antara komen-komen geng bijaksana dan yang sayangkan BN dan UMNO.
a) Lol, laki aku pakai proton dah 14 tahun tak der masalah pung, yg mana dok condem tu, bising je lebih, cakap belakang je lebih...
b) Kelakar la aku tgk org yg pandai kondem ni, mcm la korg yg pkai myvi tu xciplak dr toyota dgn daihatsu. Kebanyakan kereta yg ada ky psaran ni ciplak antara 1 sama lain cuma yg buta tuli je xnmpak. Yg korg nmpak cuma buatan dr malaysia. Tu namanya xreti bersyukur, n tahu menjatuhkan maruah sndiri dgn negara. Cintakan la negara bangsa2ku.
c) Tu la bangsa sesetengah melayu... x pernah rasa bersyukur dan bangga dgn apa juga yg hasil negara sendiri.. tau nya mengutuk.. siang mengutuk malam mengutuk.. pagi petang mengutuk... x penat ke.. mengutuk ni.. ke memang dah memang x boleh ubah dah... awas.. klu hati jadi gelap.. takut2 nanti...
d)Yg slalu rosak tu try selidik dr mane dtg duitnye.kalo rase dah x best sgt dok kat malaysia pi la pindah kat UK ke US ke Aus ke...keta kat sane pon murah.kualiti pon tinggi so x pyh la terhegeh2 nak komplen kat proton lg...
6. Adoi.. tgk mentaliti rakyat skrg. Kadang rasa kesian dengan dorang. Kutuk itulah tanda sayang. Korang nak backup Proton ni, korang tahu Proton milik siapa ? DRB. Honda milik siapa ? DRB. Nampak x? Yang kaya nya nanti orang same je? Nampak tak duit rakyat lain yang kene perah ( aku kata perah sebab rakyat yang nak beli kereta brand lain terpaksa bayar tax 200-300% ) sebab nak JAGA and MAJUKAN Proton akhirnya dapat hasil design kereta copypaste je? Aku rasa jadi engineer Proton la kerja paling mudah skali kat dunia. Kau cari je design keta lain, kau copypaste, pastu kau kata kat rakyat, ni sebagai kerjasama bagi memajukan Proton. Mudahkan? Kalau kau cinta negara la kau kene boikot si Proton ni. Tapi sayang.. Mase bercinta tu tkde cinta yang pandai. Bila cinta hampir semua orang jadi bodoh. Siap boleh halau tu, siapa tak suke boleh tinggal luar negara. Patut yang bebal dok backup Proton tu yang dihalau! Habiskan duit rakyat, hasil kerja cm haprak. Barisan Nasional ( BN ) ni sama je dengan Bala Negara.
5. Korang tengok sikit, Mercedes. Kereta jepun, Honda dan lain-lain. Ade dorang ciplak model mcm Proton menciplak? Masa dorang mula-mula naik sebagai pembuat kereta ada dorang ciplak? Family aku tkde pun yang pakai proton. Boikot. Terus terang bukan sombong. Tapi sebabkan bencinya pada BN dan Umno ni, bapak aku kalau tgk atau dengar je Najib berucap, mmg saat tu jugak dia tutup radio or tv. Nak harap bapak aku beli Proton support BN, nak duduk atas seat Proton, aku rase allergic bapak aku nanti.
6. Perkara kedua yang buat aku geleng kepala harini. Tambang light railway train (LRT) nak naik. Nampak tak betapa bangsatnya kerajaan. Semua benda nak naik harga. Aku da start rase ngeri nak mula kerja nanti. Pemimpin-pemimpin Malaysia skrg ni , menjawab la korang besok kat akhirat. Dengan kes lembu Shahrizat lagi, dengan laporan Audit negara pun banyak kerugian, lepas tu perah duit rakyat, suruh rakyat berjimat cermat. Mmg dah parah BN UMNO ni. Kalau next PRU14 ni BN UMNO menang jgk, speechless aku. Aku rasa aku stop tulis blog kot. Kerja 24jam cari duit sbb nti aku boleh sure, harga rumah teres rm800ribu , aku akan nampak sebagai harga rumah yang murah, tapi tidak affordable bagi aku.
7. Nak tgk koleksi proton yang baru?
No comments:
Post a Comment