1. Baru-baru ni aku ada terbaca cerita cerai erra fazira. Masuk kali ni , dah dua kali dia cerai , dah dua kali dia janda. Buat erra fazira, janganlah sedih kene cerai dua kali.
2. Jodoh ni, sifat dia sama macam makanan (rezeki). Sebagai lelaki, contohnya, kau lapar, kau keluar rumah pergi cari makan, kau pergi ke mall, jalan-jalan keliling foodcourt. Kau perhati satu-satu makanan yang memenuhi selera kau. Tengok nasi ayam, rasa tak best, tgk mee celur, rasa tak best, tengok nasi campur, atlast cocok dgn taste kau. Ada lauk asam pedas, sayur bendi, dgn ikan feveret kau, ikan kembung. Kau pun pilih lauk-lauk tu semua, kau bayar. Kau bawak makanan tu ke meja kau.
3. Di sinilah sebenarnya konsep jodoh ibarat makanan (rezeki ) tu yg jadi persamaan. Sepanjang proses kau cari rezeki, dari mulanya kau keluar rumah, pergi mall, cari makanan, bayar makanan, dah letak makanan tu atas meja, dalam hati kau, mesti kau pikir, " aku dah bayar untuk makanan ni, alhamdullilah rezeki aku untuk hari ni" sambil kau post makanan kau dalam instagram dgn caption, " Lunch for today! Awesome asam pedas for my tummy ! " .
4. TAPI kau kene ingat, makanan yang kau dah bayar tu semua, belum tentu rezeki kau, eventhough kau dah telan masuk ke dalam perut. Kenapa aku kata macam ni.. kalau lah katakan, kau dah makan nasi tu, tiba-tiba nasi tu sebenarnya kau allergic dgn bahan makanan tu. Kau jadi mual-mual, dan kau muntah balik isi makanan kau, kau x dapat makan nasi kau senikmat-nikmatnya. Tu namanya bukan rezeki kau bukan ?
5. Begitu jugalah namanya jodoh, Semua nya ketetapan Allah. Eventhough kau dah cari wanita terbaik, sesuai dengan taste kau, yang putih, slim, muka bujur ,hidung mancung, paha tak besar, dan paling penting bagi kau, tinggi kene lebih kurang tinggi kau. Perfect dah choice kau. Kau dah mengorat, dah pikat hati mak bapak dia, dah kenal family-family dia semua, kau dah akad nikah, kau da spend beribu-ribu duit untuk kawin, tapi lepas tu kau bercerai 2-3 tahun selepas berkahwin. Masing-masing buat haluan masing-masing. Dia pun ada suami baru. Tu namanya bukan jodoh kau dengan dia. Ada yang lebih baik buat kau yang Allah simpan buat kemudian yang lebih baik hikmahnya.
6. Bagi korang yang tengah bercouple atau berpacaran sana sini, takpayah la korang rasa boyfriend atau girlfriend korang tu la hidup mati korang. Macam la kalau clash nti tkleh cari yang lain. Berlambak lagi manusia lagi hensem cantik dan bagus dari pasangan korang skrg. Ni aku boleh for sure 100%. Takpayah la rasa insecure sangat kalau ada mamat lain mengorat dia, sbb kalau betul dia ikhlas dengan apa adanya diri kau sebagai suami dia and bapak anak-anak dia nanti, dia takkan layan lelaki lain dan comparekan kau dengan laki lain yang baru.
7. Kau ingat je, perempuan yang tinggalkan kau untuk lelaki lain, kalau laki lain pon boleh amek dia dari kau, laki lain pun boleh amek dia dari bakal boyfriend baru dia tu. So whats the worth of staying with a jumperable ? Point aku sekarang , sebelum kau menikah dengan perempuan tu, takperlu kau go for 100% nak layan mcm kau da kawin, sebelum kau kawin. Yang sekarang pun baru boyfren/ girlfren, totally not worth paying 100%, sebab..?
8. BUKAN REZEKI KAU LAGI. Even dah nikah pun boleh cerai, apatah lagi baru couple. Tunggu time kau dah nak salam dengan tok kadi tu, kau nak lafaz akad nikah, barulah kau niat kau nak bentukkan family baru dengan bakal isteri kau ni 100%. Mintak doa banyak-banyak. Untuk sekarang buat yang belum nikah, rilek saja, yang Allah dah kata milik kau, mesti jadi milik kau tkde yg boleh halang. Kalau dah tkde jodoh tu, ada hikmahnya yang lebih baik buat kau. Yakinlah.. Erra, ada jodoh yang lebih baik buatmu nti. Tapi bukan aku lah. Aku taknak yang dah janda dua kali
No comments:
Post a Comment